eMahir Pertanian Pintar Minggu 2
21 Januari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2026 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Pertanian Pintar minggu yang kedua. Kelas Mahir Pertanian Pintar ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Untuk kelas minggu yang kedua ini, peserta diperkenalkan dengan kaedah tanaman tanpa tanah (soilless cultivation) dimana kaedah tanaman tanpa tanah ini merujuk kepada teknik pertanian yang tidak menggunakan tanah sebagai medium tumbuh. Sebaliknya, ia guna air berkhasiat (hidroponik), sabut kelapa, pasir, perlite, atau bahan lain.
Diharap ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar dapat dipraktikkan serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: